Siaran Akhbar, 09 September 2026
4 Julai 2026 | SIMUNJAN - Kerajaan Sarawak akan membangunkan sebuah lagi jalan raya berkembar lengkap dengan jambatan baharu bagi meningkatkan kesalinghubungan antara Gedong, Simunjan, Sebuyau dan kawasan pesisir, sekali gus merancakkan pembangunan sosioekonomi di kawasan berkenaan. Berita lanjut..
Siaran Akhbar, 16 May 2025
KUCHING, 16 Mei: Seramai 31 ahli Majlis Daerah Gedong dilantik semula bagi tiga tahun bermula 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028 sekali gus meneruskan kesinambungan khidmat mereka dalam merancang dan melaksanakan pembangunan di kawasan tersebut. Mereka merupakan ahli majlis pertama bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas penubuhannya diumumkan Abang Johari pada tahun 2023. Berita lanjut..
Siaran Akhbar, 09 September 2026
GEDONG, 29 Jun: Daerah Gedong bakal muncul sebagai hab pembangunan baharu menerusi pelaksanaan rangkaian jalan strategik, pembangunan infrastruktur dan penerapan teknologi moden yang dijangka mengubah landskap ekonomi kawasan itu. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak merancang pelbagai projek strategik bagi menghubungkan Gedong dengan Ulu Simunjan, Serian, Samarahan dan beberapa daerah lain bagi mempercepatkan pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Berita selanjutnya..
Siaran Akhbar, 16 July 2026
16 Julai 2026 | KHAMIS – Majlis Daerah Gedong telah menerima Anugerah Kelestarian Cukai Taksiran 2025 dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Vocco Kuching. Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha berterusan Majlis Daerah Gedong dalam memastikan pengurusan serta kutipan cukai taksiran dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berkesan. Pencapaian ini turut mencerminkan dedikasi serta kerjasama seluruh warga kerja Majlis Daerah Gedong dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, khususnya dalam meningkatkan prestasi pengurusan hasil dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Majlis Daerah Gedong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada pencapaian ini. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada Majlis untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan prestasi pengurusan pada masa akan datang.