Anugerah Kelestarian Cukai Taksiran 2025

Disiarkan pada 16 Jul 2026
Sumber Berita: Facebook

16 Julai 2026 | KHAMIS – Majlis Daerah Gedong telah menerima Anugerah Kelestarian Cukai Taksiran 2025 dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Vocco Kuching.

Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha berterusan Majlis Daerah Gedong dalam memastikan pengurusan serta kutipan cukai taksiran dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berkesan.

Pencapaian ini turut mencerminkan dedikasi serta kerjasama seluruh warga kerja Majlis Daerah Gedong dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, khususnya dalam meningkatkan prestasi pengurusan hasil dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Majlis Daerah Gedong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada pencapaian ini. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada Majlis untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan prestasi pengurusan pada masa akan datang.