Perutusan Setiausaha



Selamat datang ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Gedong.

Laman web ini diwujudkan sebagai medium penyampaian maklumat mengenai peranan, tanggungjawab serta perkhidmatan yang diamanahkan kepada Majlis Daerah Gedong. Selain itu, laman web ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai memperoleh maklumat terkini berkaitan dasar, program, aktiviti dan inisiatif yang dilaksanakan oleh majlis.

Kami berharap laman web ini dapat menjadi platform komunikasi yang berkesan antara majlis dengan masyarakat. Melalui laman web ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat, mengemukakan cadangan, menyampaikan aduan serta berkongsi pandangan bagi membantu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, saya berharap segala usaha dan komitmen Majlis Daerah Gedong dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat akan terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Marilah kita berganding bahu memajukan daerah ini, bertepatan dengan pepatah, "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua warga kerja yang telah membangunkan serta mengemas kini laman web ini. Terima kasih juga kepada semua pengunjung. Semoga laman web ini memberi manfaat dan memudahkan urusan anda bersama Majlis Daerah Gedong.

PUAN FARRAH SOFYA BINTI HAJI MOHD SHARBINI
Setiausaha Majlis Daerah Gedong