Terma dan Syarat


Terma dan Syarat

Berikut adalah terma dan syarat yang mengawal penggunaan Laman Web ini serta menyatakan hak dan kewajipan anda apabila mengakses dan/atau menggunakan maklumat dan perkhidmatan di laman ini.

Dengan mengakses laman web ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma dan syarat ini mengikat anda dan membentuk suatu perjanjian antara anda, sebagai pengguna, dan kami, pemilik Laman Web ini, berkenaan akses dan/atau penggunaan tersebut.

Terma dan syarat ini menggantikan mana-mana terma dan syarat terdahulu yang mungkin telah anda terima atau akses sebelum ini melalui laman web ini. Penggunaan dan/atau akses berterusan anda terhadap perkhidmatan akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap terma dan syarat semasa ini.


Had Liabiliti

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa pemilik Laman Web ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian secara langsung, tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit atau kerugian contoh, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian akibat kehilangan keuntungan, reputasi, atau kerugian tidak ketara lain yang berpunca daripada:

  • Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman web ini;

  • Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian yang berpunca daripada sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau diperoleh, mesej yang diterima atau transaksi yang dilakukan melalui atau daripada laman web ini;

  • Akses tanpa kebenaran atau pengubahsuaian terhadap penghantaran data anda;

  • Kenyataan atau perlakuan pihak ketiga di laman web ini; atau

  • Apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.


Pautan

Laman Web ini mungkin menyediakan pautan ke laman web lain. Laman-laman yang dipautkan tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga, oleh itu pemilik Laman Web ini tidak mempunyai kawalan ke atas laman atau sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Laman Web ini tidak bertanggungjawab terhadap ketersediaan laman atau sumber luaran tersebut, dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, pengiklanan, produk, atau bahan lain yang terdapat di atau boleh diakses daripada laman atau sumber tersebut.

Anda juga mengakui dan bersetuju bahawa Laman Web ini tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan atau dikatakan disebabkan oleh penggunaan atau kebergantungan kepada kandungan, barangan, atau perkhidmatan yang tersedia di laman atau sumber luar tersebut.


Pengubahsuaian Terma Perkhidmatan

Laman Web ini berhak pada bila-bila masa untuk meminda, mengubah, memadam atau menambah kepada Terma dan Syarat ini dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda. Namun, dalam keadaan mendesak atau demi melindungi keselamatan laman web ini atau dalam keadaan luar kawalan kami, Laman Web ini boleh melakukan pindaan, perubahan, pemadaman atau penambahan kepada Terma dan Syarat ini tanpa sebarang notis kepada anda.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk sentiasa menyemak Terma dan Syarat ini secara berkala agar sentiasa mengetahui sebarang perubahan yang dilakukan. Anda selanjutnya bersetuju bahawa penggunaan dan akses berterusan anda terhadap laman web ini selepas sebarang perubahan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.


Penamatan

Laman Web ini boleh menamatkan akses anda kepada mana-mana atau semua perkhidmatan, termasuk perkhidmatan berkaitan, pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab, dengan atau tanpa notis, dan akan berkuat kuasa serta-merta. Laman Web ini juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda atas sebab tidak aktif, yang ditakrifkan sebagai kegagalan untuk log masuk ke perkhidmatan dalam tempoh masa yang lama. Anda bersetuju bahawa Laman Web ini tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang penamatan akses kepada perkhidmatan.


Pengubahsuaian Perkhidmatan

Laman Web ini berhak untuk mengubah atau menghentikan, sementara atau secara kekal, perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya) pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Laman Web ini tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan, atau pemberhentian perkhidmatan tersebut.


Umum

Tajuk-tajuk yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini adalah untuk rujukan dan kemudahan sahaja dan tidak akan diambil kira dalam pentafsiran atau pembinaan mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini.

Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini dianggap sebagai tidak sah atau bercanggah dengan undang-undang semasa atau akan datang, peruntukan tersebut akan dianggap boleh diasingkan dan tidak akan menjejaskan kesahihan baki peruntukan lain yang masih berkuat kuasa sepenuhnya.

 

Hakcipta © Majlis Daerah Gedong Terakhir kemaskini pada 15 Julai 2025
Last Updated On 19 Aug 2025

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8:00 pagi - 1:00 petang & 2:00 petang - 5:00 petang

Jumaat
8:00 pagi - 11:45 pagi & 2:15 petang - 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman