Perutusan Pengerusi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Majlis Daerah Gedong atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata melalui Laman Web Rasmi Majlis Daerah Gedong.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja majlis atas usaha membangunkan laman web ini sebagai platform penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada masyarakat. Inisiatif ini mencerminkan komitmen majlis dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan melalui pendigitalan.
Saya berharap laman web ini akan terus menjadi sumber maklumat yang tepat, terkini dan mudah diakses, sekali gus mengeratkan hubungan antara Majlis Daerah Gedong dengan masyarakat.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan berharap laman web ini terus memberi manfaat kepada seluruh warga Gedong.
Sekian, terima kasih.
ENCIK JAMAIN BIN WAHAB
Pengerusi Majlis Daerah Gedong
